Pusat Sumber Pembelajaran
MRSM Serting

Perkhidmatan

 
  Masa Beroperasi
  Pusat Sumber Pembelajaran dibuka sepanjang waktu akademik, iaitu dari pukul 7.30 pagi sehingga 2.30 petang bagi penggunaan P&P oleh guru-guru. Pelajar hanya boleh masuk ke PSP dengan diiringi guru subjek sepanjang tempoh tersebut. Pinjaman buku hanya boleh dilakukan oleh pelajar pada waktu rehat atau pada waktu prep. Pada sebelah petang pula PSP akan dibuka pada pukul 3.13 petang sehingga 4.30 petang untuk prep petang. Pada sebelah malam pula akan dibuka untuk pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5 pada pukul 8.00 malam sehingga 10.00 malam kecuali pada hari Khamis. 

 

HARI

MASA OPERASI

PAGI

PETANG

MALAM

Isnin

7.20 pagi – 2.30 petang

3.15 petang – 4.30 petang

8.00 malam – 10.00 malam

Selasa

7.20 pagi – 2.30 petang

3.15 petang – 4.30 petang

8.00 malam – 10.00 malam

Rabu

7.20 pagi – 2.30 petang

3.15 petang – 4.30 petang

8.00 malam – 10.00 malam

Khamis

7.20 pagi – 2.30 petang

3.15 petang – 4.30 petang

-

Jumaat

8.00 pagi – 12.30 tengah hari

3.13 petang – 4.30 petang

8.00 malam – 10.00 malam

Sabtu

8.30 pagi – 12.45 tengah hari

-

-


  Pusat Sumber Pembelajaran ditutup pada hari Ahad, cuti umum dan sepanjang musim cuti persekolahan.

 

 

  Peminjaman Buku
 
Untuk kegunaan semua. Boleh dipinjam keluar dari PSP. Tempoh peminjaman buku ialah selama seminggu. Kegagalan untuk memulangkan buku pada tempoh tertentu akan dikenakan denda. Peminjaman boleh dilakukan di kaunter PSP.
  
  Penggunaan Komputer Terbuka
  Menyediakan kemudahan komputer terbuka untuk kegunaan semua. Pelajar hendaklah merekod penggunaan komputer di dalam buku log yang disediakan di kaunter.

  Bilik ICT
 
Menyediakan kemudahan komputer tertutup untuk kegunaan guru dan pelajar dengan mendapat kebenaran dari pihak PSP. Penggunaan dihadkan kepada penggunaan untuk mencari maklumat penting dan menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru subjek.

  Bilik SpotRoom
 
Menyediakan kemudahan Ruang Rujukan Tesis SEM untuk kegunaan semua. Bilik ini bertujuan untuk membolehkan pelajar mencari idea untuk membuat tesis SEM. Contoh-contoh tesis tidak dibenarkan dibawa keluar dari bilik ini.

  PSP Atas
  Menyediakan kemudahan APD dan media seperti Projektor LCD, Skrin dan Papan Tulis Putih untuk kegunaan P&P sahaja. Tempahan penggunaan adalah perlu.

  Bilik Dokumentasi

   Bilik Dokumentasi terletak dibelakang bilik Red Spot. Antara kemudahan yang ada di bilik dokumentasi ialah :-

        

a)    Koleksi soalan-soalan ujian selaras, peperiksaan akhir, peperiksaan percubaan dan peperiksaan SPM tahun-tahun lepas.

b)    Dokumentasi program-program maktab (kepada AJK Dokumentasi semua  program maktab diminta untuk menghantar 1 salinan dokumentasi untuk diletakkan di bilik dokumentasi.

c)    Pekeliling-pekeliling MARA.

d)    Majalah-majalah Maktab dari MRSM seluruh Malaysia.

e)    Majalah-majalah yang telah dijilid.

f)     CD-CD pembelajaran, CD dari Ibu pejabat MARA, CD motivasi     

 

 

 

   Bilik Tayangan

   Menyediakan kemudahan TV Pendidikan Astro serta tayangan rencana-rencana menarik dalam astro. Bilik ini juga boleh mengadakan pengajaran yang melibatkan TV dan CD.