1. Guru-guru dan kakitangan yang hendak meminjam peralatan seperti Laptop, LCD, Kamera Digital, CD Writer, Radio dan lain-lain hendaklah mengisi boring tempahan yang telah disediakan. Tempahan dan pengambilan peralatan hendaklah dilakukan oleh guru. (Pelajar tidak dibenarkan membuat tempahan).
2. Tujuan penggunaan hendaklah berkaitan dengan tugas hakiki dan bukan untuk tujuan peribadi.
3. Mana-mana peralatan yang dipinjam tidak boleh melebihi 3 hari kecuali mendapat kebenaran dan dalam keadaan yang dibenarkan.
4. Guru-guru dan kakitangan hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas peralatan yang dipinjam dan memastikan peralatan tersebut tidak disalahgunakan oleh pihak lain. Peralatan hendaklah dipulangkan pada masa yang telah ditetapkan.
5. Jika berlaku kerosakan hendaklah dimaklumkan dengan segera kepada Penolong Pegawai Sistem maklumat atau Juruteknik Komputer.
6. Bagi tempahan Dewan Kuliah, guru-guru hendaklah merekodkan dan memaklumkan kepada kakitangan PSP seminggu sebelum penggunaan atau selewat-lewatnya sehari sebelum penggunaan.
7. Guru-guru tidak perlu mengambil kunci untuk membuka Dewan Kuliah kerana kakitangan PSP akan akan membukanya pada waktu pagi dan menutupnya apabila waktu akademik tamat.
8. Guru-guru hendaklah bertanggungjawab memastikan Dewan Kuliah yang digunakan dalam keadaan baik dan bersih. Kerusi dan meja yang digunakan hendaklah disusun semula oleh pelajar.
9. Guru-guru yang membawa pelajar ke Perpustakaan hendaklah memastikan pelajar tidak membuat bising. Tujuan pelajar dibawa ke Perpustakaan hendaklah berkaitan dengan pembelajaran seperti membuat rujukan, membaca buku, mengulangkaji, latihan dan mencari maklumat dalam internet. Guru-guru tidak dibenarkan membuat perbincangan walaupun mengenai pembelajaran dalam PSP kerana boleh menyebabkan suasana bising di PSP.
10. Guru-guru yang ingin membuat tempahan penggunaan PSP, Dewan Kuliah dan Bilik Red Spot bukan pada waktu akademik seperti waktu malam, hari Sabtu dan Ahad hendaklah mendapat kebenaran dari Guru Media dan tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan.
11. Guru-guru hendaklah memberi kerjasama dengan kakitangan PSP dan mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan untuk kebaikan semua pihak.