Pusat Sumber Pembelajaran
MRSM Serting

Pusat Sumber Pembelajaran

 

            PSP berfungsi sebagai suatu pusat pengumpulan, penyebaran dan penghasilan bahan sumber maklumat. PSP mempunyai koleksi bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang bersesuaian dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Koleksi bahan ini adalah dalam bentuk buku fiksyen, buku bukan fiksyen, buku rujukan, buku rujukan bertanda merah dan bahan bukan buku seperti carta, model, peralatan dan perisian. Bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran ini dapat membekalkan maklumat, program dan khidmat yang membantu dan bermanfaat kepada pengguna Pusat Sumber ini.

         PSP bertujuan untuk memperbaiki kualiti pendidikan dan membentuk masyarakat berpengetahuan. Maktab Rendah Sains MARA Serting telah mempunyai sebuah bilik khas untuk Pusat Sumber sejak sekolah ini mula beroperasi pada tahun 1993 Pusat Sumber ini terletak di blok Rahman berdekatan dengan Pejabat Maktab. Pusat  Sumber ini mempunyai 2 tingkat dan berkeluasan 4 kelas. Bahagian-bahagian fizikalnya terbahagi kepada Bilik Perpustakaan, Bilik ICT, Bilik Bahan SEM (tesis), dan Bilik Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT). Di bahagian atas pula terdapat bilik pembelajaran (psp atas).

          

          Perpustakaan mula beroperasi pada tahun 1994 dengan menawarkan perkhidmatan peminjaman buku kepada warga sekolah di samping penggunaan suratkhabar dan majalah bagi tujuan pembacaan di dalam Perpustakaan. Penggunaan bilik Perpustakaan untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran juga diadakan untuk kegunaan kelas secara berkelompok. PSP maktab sentiasa berusaha untuk menambahkan sumber maklumat sama ada bahan rujukan buku yang sesuai untuk kegunaan semua warga sekolah.

        Unit-unit sumber yang sudah mula beroperasi sehingga kini termasuklah Makmal Komputer, Bilik Sumber Bahasa, Dewan Kuliah Firdaus dan Dewan Kuliah Hussein, masing-masing mempunyai Bilik Khas sendiri.  Harapan murni PSP adalah untuk menjadikan Pusat Sumber ini sebagai pusat rujukan yang lengkap, memuaskan dan dapat memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dan membantu dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran di maktab dan seterusnya dapat merealisasikan Visi & Misi Maktab Rendah Sains MARA Serting.