PSP mempunyai seramai 25 orang Pengawas Pusat Sumber yang dikenali sebagai Librarian Council of Information Resources Centre (LCIRC). Mereka ditugaskan untuk membantu staff PSP menyusun buku, mengawal disiplin pelajar dalam PSP dan sebagainya.
Kaunter Pinjaman dan Pemulangan - Memastikan setiap LCIRC tahu mengendalikan hal-hal pinjaman dan pemulangan buku di kaunter.
- Setiap hari hanya seorang sahaja LCIRC yang bertugas di kaunter.
- Kaunter hendaklah kemas dan rapi serta sebarang butiran direkodkan dan disimpan dengan baik.
- Wang denda bagi mereka yang lewat memulangkan buku hendaklah direkodkan dan disimpan dengan baik. Setelah tamat tugas wang tersebut hendaklah diserahkan kepada pegawai bertugas.
- Pastikan buku-buku yang hendak dipinjam mempunyai cop rasmi MRSM Serting, cop perolehan buku, kad saku, slip pinjamannya sebelum buku tersebut dipinjam kepada peminjaman tersebut.
Buku-buku di Rak PSP
- Buku-buku hendaklah sentiasa tersusun rapi mengikut tingkatnya.
- Pastikan setiap LCIRC menjalankan tugas ini.
- Sebarang buku didapati koyak, tidak bercop, tiada komponen pinjaman yang sepatutnya ada, dan ia didapati perlu dibaiki, maka hendaklah meletakkannya di kaunter bersama pesanan.
- Buku-buku yang telah dipulangkan oleh peminjaman hendaklah disusun di rak selepas pesanan tamat waktu prep.
- Pastikan buku-buku tersusun, tidak bersepah-sepah di atas meja dan sebagainya sebelum meninggalkan PSP.
Kawalan dan Pemeriksaan
- Pastikan pelajar-pelajar senyap sebaik sahaja masuk ke PSP.
- Periksa buku-buku, beg kecil dan fail yang dibawa masuk apabila keluar meninggalkan PSP.
- Beg dilarang sama sekali untuk dibawa masuk ke PSP.
- Pastikan pelajar-pelajar mematuhi kod pemakaian yang telah ditetapkan apabila hendak memasuki PSP.
Perkara-perkara AM
- BPPSP yang bertugas hendaklah menandatangani buku kedatangan di kaunter pegawai PSP.
- Pastikan suis lampu dan pendingi udara ditutup sebelum meninggalkan PSP.
- Pastikan tiada sebarang sampah dan buku yang bersepah-sepah.
- Masukkan kerusi di bawah meja sebelum keluar.
- BPPSP yang bertugas pada hari berkenaan dikehendaki menghadirkan ke PSP 15 minit lebih awal daripada waktu prep untuk memastikan keadaan PSP kemas dan selesa untuk dijadikan tempat belajar.
- BPPSP yang bertugas pada hari berkenaan dikehendaki berada di pintu bagi membuat pemeriksaan setelah habis waktu prep.
- BPPSP hendaklah sentiasa memastikan pelajar belajar dengan senyap. Tidak mengganggu pelajar lain dan tidur di dalam PSP dan anda hendaklah peka dengan apa jua perkara yang berlaku di dalam dan di luar PSP.
- Sebarang masalah hendaklah merujuk kepada Guru Penyelaras dan pegawai bertugas.